“Tindakan undang-undang pada Adun Sebatik akan diteliti” – Shafie Apdal

“Tindakan undang-undang pada Adun Sebatik akan diteliti” – Shafie Apdal

Parti Warisan akan meneliti tindakan undang-undang terhadap Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, yang mengumumkan tindakannya keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas pada Khamis lepas.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata Hassan sebelum ini berikrar setia kepada parti sebelum pilihan raya negeri pada Sept 2020.

“Belum terima (surat berhubung perkara itu) namun ada surat yang beliau tandatangan dan berikrar untuk setia kepada parti di hadapan peguam kita secara sukarela.

“Ketika beliau keluar, beliau masih ahli Warisan namun kami akan memastikannya dari segi tafsiran perundangan, kita lihat bagaimana nanti,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata Warisan akan mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan terhadap Hassan yang menandatangani perjanjian untuk setia bersama Warisan di hadapan peguam parti tersebut.

Khamis lepas, Hassan A Gani mengumumkan keluar dari Warisan dan kini menjadi Adun bebas selain menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah serta kepemimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri Hajiji Noor.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/564863