Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh

Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh

Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh. Seorang pengguna TikTok, @emadhakimiyy baru-baru ini memuat naik satu video untuk berkongsi bagaimana rakan sebiliknya yang berbangsa Cina melindungi diri daripada rasa takut oleh gangguan hantu.

Caranya? Dia akan memainkan sebahagian daripada Surah Yassin yang ada di Youtube. Tindakan sahabatnya ini telah membuatkan @emadhakimiyy terhibur.

Di bahagian kapsyen video berdurasi pendek itu, @emadhakimiyy menulis bahawa ini adalah kali pertama dia menyaksikan seorang bukan Islam beralih kepada kitab Islam untuk menghalau hantu dan roh jahat.

Klip itu telah mendapat lebih 928,000 tontonan dan 100,000 tanda suka, di mana netizen turut terhibur seperti @emadhakimiyy sendiri.

Di bahagian komen, terdapat juga beberapa pengguna maya yang berkongsi kisah bagaimana rakan-rakan bukan Islam menggunakan kaedah orang Islam untuk melindungi diri daripada makhluk halus.

Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh

“Ada seorang doktor Cina yang on-call di wad saya dan terpaksa tidur di bilik. Kerana sangat takutkan hantu, dia keluarkan buku Yassin dan letakkannya di sebelah bantalnya,” kata salah seorang pengguna TikTok.

“Dulu kt asrama ada org kena rasuk.. satu asrama azan. member cina aku pon ikut azan hahaha,” kata netizen yang lain.

“Bos aku pulak masa meeting haritu tetibe mic bunyi sendiri pastu dia tanya, semua org kat sini dah solat kan? so dia rasa selamat sikit,” tambah pengguna maya.

@emadhakimiyy first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – emadhakimiyy

BACA:

Nizar Najib bakal jadi calon di Pekan ganti bapanya

Tahniah! Fareed Saddi K-Clique nikah kakak kepada MK

Netizen teruja dengar jawapan Iqram Dinzly, ‘matang gila jawapan!’

CATEGORIES