Tindakan MP BN buat akuan bersumpah sokong Muhyiddin PM tidak sah - Zahid

Tindakan MP BN buat akuan bersumpah sokong Muhyiddin PM tidak sah – Zahid

Tindakan MP BN buat akuan bersumpah sokong Muhyiddin PM tidak sah – Zahid. Mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak sah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu melanggar ketetapan parti serta akuan bersumpah yang telah ditandatangani oleh setiap calon BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kami telah memutuskan bahawa ketetapan dan arahan parti yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN merupakan arahan yang wajib diikuti oleh semua ahli Parlimen BN.

“Ini kerana kita bertanding atas tiket BN,” katanya pada sidang media di Hotel Seri Pasifik, di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat dan perjumpaan tertutup bersama 26 ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU15, Sabtu lalu.

Tindakan MP BN buat akuan bersumpah sokong Muhyiddin PM tidak sah - Zahid

Hanya dua Ahli Parlimen BN yang tidak hadir kerana masalah kesihatan termasuk ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan.

Semalam, Jalaluddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mencadangkan sebuah kerajaan perpaduan dibentuk tanpa Pakatan Harapan (PH) bagi menerajui kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan yang dibentuk kelak perlu diterajui oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan baharu berdasarkan kepada hasil rundingan yang bakal dilakukan Jawatankuasa Perundingan.

“Mana-mana kenyataan yang dikeluarkan bahawa BN telah menyertai mana-mana gabungan yang ada adalah tidak benar.

“Ini kerana tidak ada perbincangan terutamanya dengan pihak PN yang kononnya kami telah bersama-sama dengan mereka.

“Segala keputusan hanya akan dibuat setelah Jawatankuasa Perundingan bertemu dengan mana-mana pihak yang mahu membentuk kerajaan.

“Keputusan rasmi akan diputuskan setelah Dewan Tertinggi BN mendengar semua maklum balas daripada perundingan,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, jika mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana gabungan yang mahu menyokong mana-mana pihak yang memasukkan BN untuk bersama-sama dengan mereka adalah tidak benar.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga memohon Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan dokumen SD.

“Hari ini kami ahli-ahli Parlimen BN telah secara sepakat akan menghantar akuan bersumpah kepada surat yang telah dikemukakan oleh speaker Dewan Rakyat mengikut tempoh yang telah ditentukan pada jam 2 petang ini.

“Kita harap speaker Dewan Rakyat dapat melanjutkan sedikit jangka waktu itu bagi pada waktu yang agak lebih fleksibel untuk kami mengemukakan surat akuan.

“Ia hanya boleh dibuat setelah keputusan dan berdasarkan rundingan yang akan kami lakukan dengan mana-mana pihak,” katanya.

BACA:

Terkini: 30 MP BN sokong PH bentuk kerajaan

Terkejut dengar Yana bersuara- Najib minta BN pilih Anwar jadi PM?

Atlet Malaysia pertama juara kejohanan Snooker Dunia

CATEGORIES