Tindakan lelaki ganti teman wanitanya semasa meeting online curi tumpuan

Tindakan lelaki ganti teman wanitanya semasa meeting online curi tumpuan

Tindakan lelaki ganti teman wanitanya semasa meeting online curi tumpuan. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki yang sanggup memakai tudung demi menggantikan teman wanitanya yang tidak dapat menghadiri pertemuan secara onlie, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @storywatsaap.

Lelaki itu dilihat memakai sehelai tudung, bercermin mata dan mengenakan pelitup muka ketika menyertai pertemuan di aplikasi Zoom.

Dia menggantikan teman wanitanya supaya kehadiran gadis itu direkodkan.

“Digantikan oleh ayang di Zoom,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Tindakan lelaki ganti teman wanitanya semasa meeting online curi tumpuan

Video itu mendapat perhatian netizen dalam ruangan komen.

“Saya sangka Yanti ternyata Yanto,” kata seorang netizen.

“Yang penting jangan bersuara,” komen netizen lain. – Agensi

BACA:

Pegawai khas MB didakwa menipu palsukan slip gaji

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Facebook berdepan saman, jejak pengguna iPhone tanpa kebenaran

CATEGORIES