Tindakan Britney Spears ‘upload’ gambar bogel sendiri di insta cetus persoalan

Tindakan Britney Spears ‘upload’ gambar bogel sendiri di insta cetus persoalan.: Penyanyi Britney Spears, 41, mencetuskan kebimbangan ramai yang risaukan kesihatan mentalnya apabila dia memuat naik beberapa gambar bogel di Instagram.

Dalam beberapa hantaran di Instagram itu, penyanyi itu cuma menutup bahagian sulitnya dengan ’emoticons’.

Menerusi keterangan pada gambar, Spears berkata, gambar berkenaan diambil tidak lama dulu sebelum dia mendapat tahu dirinya hamil.

“Letakkan gambar-gambar tempoh hari ketika di Mexico sebelum ada bayi dalam perut saya. Kenapa pula saya kelihatan 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti? Saya sayang anda semua,” tulisnya.

Sekali gus, ruangan komennya dibanjiri dengan pelbagai reaksi termasuk menyifatkan kesihatan mental Spears semakin merudum.

“Wanita ini sakit, dia ‘menangis’ perlukan bantuan,” tulis komen seorang pengikutnya.

Ada Sebab Tersendiri Britney Spears Seronok Kongsi Gambar Bogel Tepi  Pantai, Rupa-Rupanya... — MYKMU.NET

Ada yang turut mengaitkan tindakannya itu berpunca daripada kes pemilikan harta serta kehidupannya yang dikawal ketat bapanya sebelum ini.

Selain itu, peminat turut menyalahkan tunangnya, Sam Asghari yang disifatkan tidak mengawal Spears sebaiknya.

Baru-baru ini, Spears mengumumkan dia hamil hasil hubungan bersama Asghari.

 

BACA:

Cara mohon Perumahan Mesra Rakyat untuk golongan B40

Anak Emma Maembong gigit ‘buah betik’ Cha Cha Maembong, lain pula yang netizen perasan

Anak Amyra Rosly tunjuk jari tengah, ini respon Amar Baharin

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)