Timbalan Speaker nafi ada sidang Dewan Rakyat bulan Mac

Timbalan Speaker nafi ada sidang Dewan Rakyat bulan Mac

Dewan Rakyat tidak akan bersidang dari 8 Mac hingga 8 April ini, kata Timbalan Speakernya, Rashid Hasnon yang menepis laporan berita berhubung kemungkinan sidang Parlimen akan diadakan.

Beliau berkata, sekretariat Parlimen perlu memberi notis mesyuarat sekurang-kurangnya 28 hari lebih awal kepada Ahli Parlimen.

“Ada prosedur yang perlu kami patuhi sebelum kami boleh bersidang,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, satu laporan berita memetik laman web Parlimen sebagai berkata, mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 akan bermula 8 Mac hingga 8 April ini.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/28/tiada-sidang-dewan-rakyat-bulan-depan-kata-timbalan-speaker/