Timbalan Ketua Menteri Sarawak positif Covid-19

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, James Masing disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Utusan Borneo melaporkan Masing disahkan positif Covid-19 hari ini, selepas mengalami simptom sebelum menjalani ujian saringan RT-PCR.

BACA JUGA : 164 pertuduhan ke atas Ketua Umno Bayan Baru, 3 November sebutan semula kes

Pejabat Masing dalam kenyataan memaklumkan beliau yang sudah lengkap dua dos vaksin, bergejala ringan dan keadaannya stabil.

Sementara itu, portal Sarawak, Dayakdaily melaporkan Presiden Parti Rakyat Bersatu (PRS) itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi HUS.

BACA JUGA : Panas !!! Isu judi : Ahli Parlimen Pas beri amaran ‘tentangan lebih hebat’

“Ya, saya positif Covid-19. Doktor tidak mahu mengambil apa jua risiko, jadi mereka meletakkan saya di ICU di HUS.

“Saya rasa baik,” katanya dipetik portal itu.

Masing kehilangan adik lelakinya, Jantai, 68, akibat Covid-19 pada 31 Mei lalu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/timbalan-km-sarawak-james-masing-positif-covid-19/

COMMENTS

Wordpress (0)