Timb Menteri Pas dedah RM60 juta sudah diagih kepada Pondok, Tahfiz

haji

Tak ramai yang tahu, setakat hari ini, sebanyak RM60 juta dari RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, telah digunakan untuk membantu Sekolah-Sekolah Tahfiz, Pondok dan Sekolah Agama Rakyat yang terkesan dengan PKP.

Benar, itulah yang diterangkan oleh Ketua Pengarah JAKIM kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan saya dalam sesi taklimat bersama petang tadi.

Ini adalah sebahagian dari usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), supaya institusi pendidikan Islam mampu berdiri utuh di sebalik cabaran yang melanda.

Selain penguatkuasaan, pengukuhan aspek pendidikan juga merupakan suatu nadi yang penting dalam memartabatkan Islam. Tanpa institusi pendidikan, Islam tidak akan mampu berdiri utuh, kerana tiada insan yang mampu mengamalkan nilai ajaran Islam itu sendiri.

Saya rasa bersyukur atas usaha JAKIM yang terus menerus mempergiatkan usaha pengukuhan institusi pendidikan Islam, dalam menyelaras dan mentadbir Hal Ehwal Islam di Malaysia. Peranan JAKIM amat diperlukan bagi memastikan syiar Islam terus dijunjung sebagai agama Persekutuan.

Pada masa yang sama, saya menegaskan di dalam taklimat sebentar tadi supaya penekanan turut diberi kepada pemerkasaan akidah Islam yang sebenar, supaya masyarakat difahamkan berkenaan pemahaman akidah yang sebenar berdasarkan dalil dan hujah yang sahih.

Semoga dengan usaha ini, nilai-nilai Islam akan terus berkembang dan meresap ke dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Sumber :

BACA JUGA : Kanak-kanak dilapor hilang ditemui terapung dalam lombong