Kebersihan merupakan salah satu faktor yang perlu diberi tumpuan ketika membuka kedai makan atau restoran.
Pernah korang bayang ada tikus di dalam restoran makan terkenal yang terletak dalam shopping mall?
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter dengan nama @Azwinshafinaz telah berkongsi tangkapan skrin Instastory milik Sarah Shimmers
yang menunjukkan kehadiran tikus di dalam kedai makan Teppanyaki, Pavilion Kuala Lumpur.
Dalam perkongsian itu, Sarah memberitahu pekerja di sana bahawa terdapat tikus, namun tiada tindakan yang diambil oleh pekerja tersebut. Sarah merasa kecewa kerana seharusnya pekerja kedai tersebut mengambil langkah yang sewajarnya apabila melihat kehadiran tikus-tikus tersebut.
RATS ?!? EEEWWWWWW macamana diorang serve orang makan dengan rats berkeliaran at the dapur??? This is super disgusting istg https://t.co/GkJgoEf6ub
— ,, (@nfnabilaaa) December 7, 2021
Perkongsian ini menarik perhatian netizen, dan kebanyakan dari mereka terkejut melihat tikus berkeliaran di dalam dapur. Malah, netizen juga berharap agar pihak pengurusan dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan untuk memastikan kawasan kedai tersebut dibersihkan.
Tidak hanya itu, ada yang dengan berseloroh menyatakan situasinya seperti dalam filem Ratatouille di mana Remy, tikus yang memasak makanan, terlibat. Oleh itu, ada yang menyindir bahawa makanan tersebut mungkin rasanya ‘sedap’.
Selain itu, rata-rata netizen turut menekankan bahayanya apabila terdapat tikus di kawasan dapur, kerana boleh membawa kepada penularan penyakit kencing tikus, atau dikenali sebagai Leptospirosis dalam bidang sains, yang boleh membawa maut.