Tiga ubat lawan Covid-19 kini dalam ujian besar-besaran – WHO

ubat

Tiga ubat lawan Covid-19 kini dalam ujian besar-besaran . Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan ujian antarabangsa terhadap tiga jenis ubat untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan merawat pesakit COVID-19 di hospital.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata ia membabitkan ujian penggunaan ubat jenis artesunate, imatinib dan infliximab ke atas ribuan pesakit sukarelawan di 600 hospital di 52 negara.

“Mencari terapi yang lebih berkesan dan mudah diakses untuk pesakit COVID-19 masih menjadi keperluan yang kritikal.

“Kita memerlukan lebih banyak kajian bagi menghalang dan merawat individu yang dijangkiti virus COVID-19 daripada semua tahap kategori bergejala ringan hingga yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal manakala imatinib pula adalah ubat untuk kanser tertentu dan infliximab pula merawat penyakit sistem imun seperti Crohn dan rheumatoid arthritis.

ubat

Beliau berkata, kajian di berpuluh negara akan dilaksanakan mengikut beberapa rawatan menggunakan protokol yang sama, sekali gus akan menghasilkan anggaran terhadap kesan ubat kepada pesakit.

Katanya, ubat itu dipilih oleh panel pakar bebas bagi melihat potensinya mengurang risiko kematian pesakit COVID-19 yang dimasukkan di hospital.

Ubat yang digunakan bagi ujian itu adalah sumbangan syarikat pengeluarnya dan sudah dihantar kepada hospital terbabit

Keputusan terakhir ujian itu dijangka diketahui pada bulan depan.

Ujian penggunaan ubat artesunate, imatinib dan infliximab iitu adalah peringkat kedua pencarian solidariti WHO dalam mengesan keberkesanan rawatan terhadap virus COVID-19.

Sebelum ini, empat ubat dinilai dalam ujian solidariti itu yang membabitkan hampir 13,000 pesakit di 500 hospital di 30 negara.

Keputusan kajian yang diperoleh Oktober lalu itu menunjukkan, ubat remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan interferon hanya mempunyai sedikit atau tiada langsung kesan terhadap pesakit yang dirawat dengan COVID-19.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/08/850182/who-uji-besar-besaran-tiga-ubat-lawan-covid-19

BACA: Panas !!! Peguam dedah strategi Muhyiddin boleh berkuasa hingga PRU

COMMENTS

Wordpress (0)