Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual – KKM

Tiga produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual .Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan adalah dua daripada NP Beauty (FM Bream dan FB Cream) serta satu daripada As’s Beauty (Night Cream).

Beliau berkata, notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM serta ia tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya

Katanya, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan itu boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil dan boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

BACA JUGA :

Ini apa yang perlu dibuat jika tersilap isi diesel dalam kereta anda
Seekor Ikan Tuna berjaya dilelong dengan harga lebih RM600 ribu
Pesawat dari Beijing ini berlepas 1 Januari dan mendarat 12 Disember

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)