Tiga pemandu mabuk ditahan sekitar KL

Tiga

Tiga pemandu mabuk ditahan sekitar KL.Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi penguatkuasaan trafik dijalankan di sekitar ibu negara, pada Rabu.

Operasi yang bermula 9 malam hingga 1 pagi itu dilaksakan di Jalan Tun Razak, Jalan Bangsa, Jalan Raja Laut dan Jalan Kuchai Lama.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, sebanyak 392 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Bagi operasi di Jalan Kuchai Lama telah menahan tiga orang lelaki berusia lingkungan 30 tahun hingga 45 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tiga

“Operasi berkenaan turut menyita lapan buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan mengubah suai ekzos,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan operasi terutama pada malam cuti umum bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang serta tidak mengganggu ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau manamana balai Polis berhampiran.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-pemandu-mabuk-ditahan-dalam-operasi-trafik-sekitar-kl-320030

BACA: Hanya satu perenggan, MoU kerajaan-PH seperti tidak serius MA63

COMMENTS

Wordpress (0)