Tiga hari menghilang, kanak-kanak 3 tahun ditemui selamat

Tiga hari menghilang, kanak-kanak 3 tahun ditemui selamat.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui sedang duduk di anak sungai sambil menenggak air ditangannya untuk diminum selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan hutan di Australia.

Operasi pencarian Anthony “AJ” Elfalak yang melibatkan ratusan anggota keselamatan, digerakkan pada Jumaat selepas dia dilaporkan hilang dari kawasan rumah keluarganya berdekatan Kampung Putty di utara Sydney.

AJ yang juga merupakan anak autisme, dikesan menerusi helikopter pada pagi Isnin kira-kira 470 meter dari rumahnya.

Paramedik memaklumkan AJ berada dalam keadaan baik namun dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ayahnya Anthony Elfalak memberitahu, anaknya digigit semut, terdapat ruam lampin dan melecet.

Tiga

“Kami mencarinya di merata tempat, semua pihak termasuk SES (Pasukan Kecemasan Negeri) polis semua terlibat.

“Pada hari pertama hilang, saya mencarinya dengan polis dan ini merupakan satu keajaiban,” katanya.

AJ ditemui di kawasan yang pernah dicari sebelum ini.

Polis menyifatkan, kemampuan AJ mencari air minum adalah faktor utama kelangsungan hidupnya di kawasan yang bersuhu serendah 6 darjah Celsius.
Dehidrasi adalah bahaya terbesar yang dihadapinya.

AJ sedang berlutut di anak sungai ketika seorang pegawai perkhidmatan kecemasan negeri menghampirinya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/kanakkanak-tiga-tahun-hilang-ditemui-selamat-selepas-tiga-hari-318295

BACA: Panas !!! Zahid hantar surat minta Speaker Dewan Rakyat berundur – Sumber

COMMENTS