Tidak perlu kuarantin bagi yang lengkap 2 dos vaksin

Buka sekatan

Tidak perlu kuarantin bagi yang lengkap 2 dos vaksin. WARGA Britain yang sudah melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu dikuarantin sekembalinya ke tanah air bermula 19 Julai ini.

Kelonggaran itu diberikan kepada individu dari senarai negara berisiko sederhana.

Dengan pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan Grant Shapps itu, ia bakal memberi sinar baharu buat syarikat penerbangan dan industri pelancongan yang berdepan detik sukar selama 15 bulan yang lalu.

Di Britain, 65 peratus golongan dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya.

Dakwa Shapps juga, tempoh kuarantin itu sedikit sebanyak menghalang proses pemulihan negara.

Sebelum ini, mereka yang pulang dari destinasi utama seperti Sepanyol, Perancis, Amerika Syarikat dan Itali wajib dikuarantin selama 10 hari.

Namun Shapps mendakwa, sekali pun tidak dikuarantin, mereka perlu untuk menjalankan ujian saringan calitan sebelum tiba di rumah dan ujian kedua dalam tempoh dua hari selepasnya.

Beberapa syarikat penerbangan termasuk British Airways, EasyJets dan RyanAir sebelum ini turut meminta agar perintah kuarantin ini tidak dilaksanakan.

Susulan kelonggaran ini, tempahan untuk industri pelancongan dijangka melambung tinggi menjelang musim cuti pada Julai dan Ogos.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-warga-britain-lengkap-dua-dos-tidak-perlu-kuarantin-307474

kalau Anda Terlepas:Tun M tak minat nak campur krisis politik yang berlaku