Tidak lagi percuma, caj pengeluaran RM1 ATM ‘Interbank’ akan dikenakan pada 2022

Tahun lalu, semua institusi perbankan dan PayNet akan mengecualikan caj RM1 bagi pengeluaran wang di ATM yang menggunakan rangkaian MEPS.

Ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Kanan berkata, pengecualian tersebut akan bermula 6 April sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Inisiatif itu dilakukan bagi mengelakkan orang ramai untuk tidak bergerak jauh dan seterusnya membantu mereka mengeluarkan duit daripada daripada mesin ATM berdekatan sahaja.

Pun begitu terbaru, pihak Citibank dan Kuwait Finance House (KFH) menerusi portal rasmi masing-masing mengumumkan bahawa caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan dikembalikan semula pada Februari 2022.

Tidak lagi percuma, caj pengeluaran RM1 ATM 'Interbank' akan dikenakan pada 2022

BACA JUGA : Gempar !!! ‘Penjenayah rasuah’ dilantik CEO Digital Nasional Bhd (DNB)
Buli : MRSM tamatkan pengajian 10 pelajar terlibat

Artikel ini disiarkan pada 15/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)