Tiap-tiap tahun kerajaan umum belanjawan untuk tahun seterusnya, rupanya ini cara kerajaan bayar hutang yang ramai tak tahu

Tiap-tiap tahun kerajaan umum belanjawan untuk tahun seterusnya, rupanya ini cara kerajaan bayar hutang yang ramai tak tahu.

Ada sebuah bon Malaysian Goverment Security (MGS) dengan kod MZ98005A bernilai RM3.0 Billion yang telah diterbitkan pada tahun 1998 telah matang dan kerajaan perlu selesaikan hutang ini.

Persoalannya sekarang adakah kerajaan kena sediakan wang tunai berjumlah RM3.0 Billion ini untuk dibayar kepada pemegang-pemegang bon?

Tiap-tiap tahun kerajaan umum belanjawan untuk tahun seterusnya, rupanya ini cara kerajaan bayar hutang yang ramai tak tahu

Sebelum menjawab persoalan diatas anda perlu memahami perbezaan hutang perseorangan dengan hutang kerajaan.

Berbeza dengan hutang individu, bagi hutang kerajaan, kerajaan hanya perlu bayar ‘bunga’ sahaja kepada hutang tersebut, dan ‘bunga’ ini di dalam urus niaga bon dikenali sebagai ‘coupon rate’ ataupun kadangkala sebagai ‘profit rate’.

Sebagai ‘real case study’, kita boleh ambil contoh mengunakan MGII-MZ98005A dari tahun 1998 ini untuk dapat ‘feel’ pembelajaran.

– Jika ianya adalah sejenis hutang individu,

Anda pinjam RM3.0 Billion dengan interest rate 8% setahun dengan tempoh pinjaman 20 tahun:

RM3,000,000,000+ (8% x RM3,000,000,000 x 20 tahun)
= RM7,800,000,000 (RM7.8 Billion)

Bayaran yang perlu dibayar setiap tahun selama 20 tahun adalah:

= RM390,000,000 (RM390 juta)
.

– Jika ianya adalah hutang kerajaan pula,

Kerajaan Pinjam RM3.0 Billion dengan coupon rate 8% setahun, untuk tempoh 20 tahun juga

Bayaran yang perlu dibayar setiap tahun selama 20 tahun adalah:

8% x RM3,000,000,000
= RM240,000,000 (RM240 juta)
.

Eh habistu hutang RM3.0 billion tu bila pula kerajaan akan bayar?

Nilai hutang pokok/principal, langsung tidak perlu kerajaan bayar sesen pun hinggalah bon itu matang iaitu selepas tempoh hutang tamat 20 tahun kemudian.

Maka pada penghujung hutang tersebut, yakni pada hari ini, kerajaan perlu bayar secara ‘lump sum’ / sekaligus untuk kesemua hutang bernilai RM3,000,000,000 MGS MZ98005A
.

Dah macam mana pula nak bayar ni, kerajaan kan banyak hutang..

RM1 Trillion, eh RM1.12 Trillion dah ni..mana nak korek lagi?

Tenang jangan risau..

Kerajaan akan membayar hutang ini dengan membuat hutang baru untuk bayar RM3.0 Billion tersebut, yang mana akan sekali lagi hanya perlu dibayar 10, 20 tahun kemudian bergantung kepada tempoh matang bon baru tersebut.

Kaedah ini dikenali sebagai ‘Debt Rollover’,

Dan teknik ini bukan digunakan di Malaysia sahaja, ia digunakan oleh kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dalam urusniaga bon-bon mereka kerana secara efektifnya, mereka tidak bayar pun hutang pokok mereka, kerana pada akhirnya hutang yang lama akan dibayar dengan hutang yang baru.

Ia adalah sangat efektif apabila dilihat dari sudut inflasi, di mana ‘nilai’ hutang akan ‘mengecil’ sepanjang tempoh matang berlangsung.


.

Oh, jadi ada ke tak kerajaan baru harini gunakan teknik ini?

Hutang baru biasanya tidak di tag kepada hutang lama secara spesifik (Debt rollover doesnt tag to specific maturity).

Tapi boleh faham-faham sendirilah bila minggu lepas pada tarikh 15/10/2018 kerajaan telah terbitkan MGS- MX180004, bernilai RM3.0 Billion, coupon rate pada 4.893% dengan tempoh matang 20 tahun juga.

Dan pada hari ini juga iaitu 30/10/2018 kerajaan telah terbitkan satu lagi MGS-GO180002 bernilai RM4.0 Billion, coupon rate pada 4.369% dengan tempoh matang 10 tahun.

Antara salah satunya lah

🙂
.

Maka secara kesimpulannya, apabila anda telah baca dan boleh faham mengenai terbitan bon, coupon rate, tarikh matang dan juga ‘debt rollover’ ini..

InsyaAllah anda tidak akan kena tipu dengan dakyah sesetengah pihak, bahawa hutang kerajaan perlu diselesaikan segera maka aset kerajaan kena jual sekian-sekian kerana takutkan Malaysia akan muflis.

Sebabnya, kerajaan kita hari ini, masih lagi tambah hutang baru untuk tutup hutang lama, dan juga bila mana hutang dari zaman 1998 pun baru selesai bayar harini,

Maka apa benda yang nak dikalutkan sebenarnya?

Tepuk dada, tanya akal.

BACA:

‘Patutlah ramai lelaki lembut’, rupanya ini yang cikgu ajar dekat sekolah?

“Bodoh mak kau ni, dah tau ada anak kecik, berjalan bawa la pampers”, budak ini dedah cerita sebenar sekali lain pula respon ayah