Tiada Rundingan, Tun M Masih Tak Nak Jumpa Muhyiddin – Mukhriz

“Saya tidak dimaklumkan tentang apa-apa tempoh dan tiada sebarang rundingan”

Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang menafikan diberikan tempoh bagi membuat keputusan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengekalkan jawatannya di negeri ini.

Mukhriz menegaskan, tiada rundingan dilakukan di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi membincangkan perkara itu.

“Saya tak dimaklumkan langsung apa-apa tempoh dan setahu saya tidak ada sebarang rundingan diantara Tun Mahathir dengan Tan Sri Muhyiddin. Setahu saya permohonan telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap tun Mahathir tetapi Tun belum lagi rasa masa yang sesuai untuk berjumpa,” katanya.

Berita penuh : https://beta.astroawani.com/berita-politik/mukhriz-nafi-sokong-perikatan-nasional-233893

COMMENTS

Wordpress (0)