Tiada peruntukan khas kepada sekolah tahfiz, pondok dalam Kumpulan Wang COVID-19 – Menteri Kewangan

Tiada peruntukan khas kepada sekolah tahfiz, pondok dalam Kumpulan Wang COVID-19. Kementerian Kewangan telah menyalurkan RM100 juta untuk tahun ini bagi penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu diberikan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan jumlah yang sama diberikan untuk sekolah berkenaan pada tahun lalu dalam belanjawan.

“Baki RM40 juta daripada RM100 juta peruntukan tahun lalu diserahkan minggu lalu bagi membiayai sekolah tahfiz, sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian.

tiada

BACA JUGA : Kelantan akan ambil tindakan pada kakitangan terutama wanita berpakaian ketat

“Dalam Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) memang tiada ada peruntukan khas untuk sekolah tahfiz. Bagaimanapun, saya sudah maklumkan kepada Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) minggu lalu RM40 juta itu adalah bantuan mengurus (OE) dan RM60 juta adalah perbelanjaan pembangunan (DE),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021.

Peruntukan untuk sekolah tahfiz itu dibangkitkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (PN), Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik (Bebas) dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (PH).

BACA JUGA : FTTIS : Walaupun pengumuman Khairy agak lewat, namun tetap disambut baik

Sementara itu, Tengku Zafrul menambah, kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan agensi khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Danaharta pada masa ini.

Beliau berkata, ini kerana pada masa ini PKS memerlukan modal kerja dan pinjaman untuk menggerakkan semula perniagaan mereka yang terjejas.

Jelas beliau, kementeriannya bersama beberapa kementerian berkaitan sedang memperhalusi bantuan kepada PKS dalam Belanjawan 2022 terutama apabila sektor ekonomi baru dibuka.

“Kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak untuk subsidi upah dan ada banyak permintaan ia perlu ditambah. Setakat ini kita berikan insentif meningkat sehingga RM31 bilion.

“Ini sedikit sebanyak dapat membantu, kita tahu kesan ekonomi sangat teruk dan ini hanya sekadar dapat membantu,” katanya.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/11/peruntukan-rm100-juta-guna-urus-sekolah-tahfiz-pondok/

COMMENTS

Wordpress (0)