Tiada mesyuarat biro politik Umno seperti dilapor media

Tiada mesyuarat biro politik Umno seperti dilapor media. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa pejabatnya tidak membuat sebarang jemputan media untuk apa-apa program hari ini (semalam).

Ia sekali gus menafikan khabar angin kononnya satu mesyuarat Biro Politik UMNO akan diadakan hari ini.

Dalam ciapan di Twitternya hari ini, Ahmad menyifatkan khabar mengenai panggilan media itu sebagai berita palsu.

Malah tambah Ahmad, dalam tempoh seminggu terdapat tiga berita palsu berlegar tentang UMNO.

“Konon Presiden (UMNO) pecat Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, konon Presiden UMNO panggil Menteri UMNO (Bermesyuarat), konon ada jemputan media,” jelas Ahmad.

Sebelum ini, satu laporan memetik sumber mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memanggil Biro Politik untuk bermesyuarat pada Ahad.

Kemas kini prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini menetapkan bahawa sebarang mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video.

Malah beberapa ahli politik sebelum ini terpaksa membatalkan sidang media yang dijadualkan kerana tidak dibenarkan bertentangan dengan SOP.

 

 

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/tiada-mesyuarat-biro-politik-umno-ahmad-maslan-sifatkan-jemputan-media-berita-palsu-304178

CATEGORIES