Tiada lagi KLIA dan KLIA 2 di Malaysia

Tiada lagi KLIA dan KLIA 2 di Malaysia. Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti sektor penerbangan negara, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memaklumkan Jemaah Menteri telah mencapai persetujuan akan cadangan penjenamaan semula KLIA, klia2 kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Tujuan usul ini dicapai adalah untuk menambah-nilai kualiti perkhidmatan di lapangan terbang tersebut dengan lebih berkesan, di samping memperkukuhkan persaingan bersama lapangan terbang antarabangsa serantau lain.

Tiada lagi KLIA dan KLIA 2 di Malaysia

Tidak hanya usaha itu, MOT turut meraih persetujuan pada sidang Kabinet berhubung perjanjian operasi (OA 2023) antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk bertindak mengurus, menyelenggara, mengoperasi dan membangunkan 39 buah lapangan terbang dan padang terbang di Malaysia sehingga tahun 2069.

Melalui usaha ini, secara langsung akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kelestarian komersil KLIA dan pertumbuhan di lapangan terbang seluruh negara. Selain meningkatkan kualiti ini ia secara langsung bakal membawa kesan baik pada sektor ekonomi negara.

BACA:

“Saya kena buang kerja tapi tak sampai hati nak bagitau wife, 3 bulan terpaksa berlakon”, pemuda ini luah keperitan zaman PKP

Rezeki banjir..lelaki dapat Ikan Kelah merah bernilai ribuan ringgit