Tiada kluster Aidiladha dikesan di Selangor – JKNS

Rakyat di negeri Selangor menunjukkan teladan yang baik dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa Hari Raya Aidiladha baru-baru ini selepas tiada kluster berkaitan dengan perayaan itu dilaporkan di negeri Selangor selepas tarikh 20 Julai sehingga kini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, peningkatan kes di negeri itu hasil
saringan terkait kluster sedia ada yang berkaitan kluster-kluster tempat kerja dan tapak pembinaan.

“Tiada kluster yang berkaitan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dilaporkan di daerah-daerah di Selangor.

kluster

“Adalah sukar untuk mengaitkan perayaan Hari Raya Aidiladha dengan peningkatan kes di Selangor, tetapi lebih kepada jangkiti dalam komuniti yang telahpun meluas sejak sebelum perayaan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Kementerian Kesihatan (KKM) secara maya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force, Datuk Dr. Chong Chee Kheong, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/06/tiada-kluster-aidiladha-di-selangor/

 

BACA JUGA : Gempar !!! Hanya 19 MP BN sokong Muhyiddin tunjuk muka