Tiada kes kematian akibat vaksin Covid-19 di Malaysia – Khairy

Tiada kes kematian akibat vaksin Covid-19 di Malaysia .Tiada kematian direkodkan berpunca daripada penerimaan vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi sistem pelaporan berkaitan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), hanya 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai serius.

Beliau berkata, jumlah itu adalah daripada kadar keseluruhan laporan yang diterima iaitu 0.53 daripada 1,000 dos.

“Kebanyakan daripada kes yang mengalami kesan sampingan teruk ini hanya memerlukan tempoh rawatan singkat di hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, hari ini.

kematian

Khairy berkata, sehingga 30 Ogos lalu, sebanyak 34,455,366 juta vaksin diberikan kepada orang ramai sejak PICK dimulakan.

“Daripada jumlah itu, hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan menerima laporan gejala ringan di MySejahtera.

“Kesan sampingan ringan yang dilaporkan antaranya sakit di bahagian suntikan, sakit kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/tiada-kematian-akibat-vaksin-covid-19/

BACA: Malaysia ambil sikap berhati-hati dengan Taliban, kata Menteri Luar