Tiada kerajaan perpaduan, hanya kerjasama tangani Covid-19 – DAP

obses

Tiada kerajaan perpaduan, hanya kerjasama tangani Covid-19.Kesediaan Pakatan Harapan atau DAP untuk bekerjasama bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memerangi Covid-19 dan mengatasi krisis ekonomi tidak boleh disalah anggap.

Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerjasama itu tidak akan membentuk kerajaan perpaduan.

“Ini jauh daripada kebenaran. DAP akan tetap berada dalam pembangkang untuk memainkan peranan perlembagaan kami sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan, membawa suara rakyat, membela cita-cita dan prinsip serta melawan ketidakadilan.

“Kami bersedia bekerjasama demi untuk melaksanakan reformasi institusi, terutama pindaan perlembagaan yang memerlukan dua per tiga majoriti untuk menggubal undang-undang anti lompat parti,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, DAP bersedia melihat ke hadapan dan mengambil langkah sukar untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu dengan mengambil guna Pelan Reset Covid-19 Negara dan Pelan Pemulihan Ekonomi.

kerajaan

Pelan-pelan itu bernilai RM45 bilion untuk mengembalikan negara dan ekonomi kita kepada situasi nomal, ujarnya.

Tambah beliau, rancangan normalisasi itu akan membolehkan penduduk negara ini meneruskan kehidupan, bekerja untuk mencari rezeki dan meneruskan perniagaan.

“Tidak hanya itu, anak-anak boleh kembali ke sekolah dan memberi inspirasi kepada para golongan muda agar mereka boleh menanam cita-cita untuk merealisasikan potensi penuh mereka berbanding masa depan yang gelap akibat ‘total lockdown’ dan bergantung pada bakul makanan,” katanya.

Guan Eng berkata, Malaysia kini seperti terperangkap di dalam mimpi buruk yang tiada henti dengan peningkatan kes Covid-19.

Tambah beliau, bagi menghidupkan kembali Impian Merdeka dengan mengambil tempat dalam kalangan negara maju, perlu ada usaha keseluruhan masyarakat dan kesatuan untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19 dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan.

“Marilah kita menghidupkan kembali impian Malaysia yang penuh dengan harapan dan potensi masa depan yang lebih cerah untuk semua.

“Marilah kita memperbaiki kedudukan terakhir dalam Indeks Kenormalan Bloomberg daripada 53 negara dengan bangkit untuk menjadi sebuah negara yang bangga, yang memberikan peluang yang sama kepada semua, menyerahkan kepada golongan pakar profesional dan bukan ahli politik yang tidak kompeten untuk membuat keputusan, dan mengembalikan semangat perpaduan seluruh negara supaya kita dapat mengatasi Covid-19 dan krisis ekonomi ini,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/31/kerjasama-hanya-untuk-covid-19-bukan-kerajaan-perpaduan-dap/

BACA: Polis jadi ‘punching bag’, namun kami ada hati dan perasaan – Ayob Khan

COMMENTS

Wordpress (0)