Tiada jaminan vaksin sedia ada mampu lawan varian delta – Doktor Pakar

Orang ramai yang telah lengkap dua dos vaksin diminta terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19 ter­utamanya varian Delta.

Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, sesiapa sahaja kini boleh menjadi pembawa virus.

“Rata-rata penerima vaksin tidak boleh begitu cepat berada di zon selesa sekiranya sudah menerima vaksin, mungkin bagi yang belum vaksin mereka ada perasaan takut, cuma penerima vaksin ini yang dikhuatiri jadi perantara kerana merasakan te­lah bebas.

Wang syiling boleh melekat di tempat suntikan vaksin - Utusan Digital

Vaksin sedia ada tidak menjamin boleh melawan varian delta. 

“Jadi, orang ramai tetap perlu mengambil langkah berwaspada bagi membendung wabak ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Zulkornain berkata, amat penting bagi orang ramai memahami bahawa mereka boleh di­jangkiti Covid-19 buat kali kedua.

“Vaksin sedia ada tidak menjamin boleh melawan varian delta,” ujarnya.

Justeru itu katanya, orang ramai perlu sentiasa beringat dan faham bahawa vaksin tidak menjamin individu tersebut tidak akan dijangkiti Covid-19.

“Kebaikannya cuma penerima vaksin mungkin tidak akan me­ngalami simptom serta kebarangkalian untuk menjangkiti individu lain juga tidak begitu tinggi.

“Penerima vaksin boleh dijangkiti Covid-19 daripada orang lain, tetapi dia tidak boleh me­rebakkan penyakit itu. Ia merupakan salah satu kebaikan kepada penerima vaksin,” tambahnya.

Mengulas mengenai varian Delta Zulkornain berkata, ia tidak dapat dikesan dengan begitu mudah dan terdapat spesifikasi bagi mengenal pasti individu yang telah dijangkiti dengan varian tersebut.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/01/penerima-vaksin-boleh-dijangkiti-tetapi-bukan-penyebar/

BACA JUGA : Pemuda Pas desak siasat kebocoran surat istana kepada PM