Thailand gabung Sinovac dengan AstraZeneca

Strategi Thailand dalam menentang virus corona akan memperlihatkan suntikan vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas satu suntikan vaksin Sinovac, kata menteri kesihatannya hari ini.

Rancangan itu, jika dilaksanakan akan menjadi yang suntikan gabungan vaksin yang dibangunkan China dan barat yang pertama diumumkan kepada awam.

Langkah itu mensasarkan meningkatkan perlindungan terhadap varian yang lebih mudah berjangkit, Anutin Charnvirakul memberitahu wartawan.

“Langkah ini adalah untuk meningkatkan perlindungan terhadap varian Delta dan membangun imuniti lebih tinggi terhadap penyakit ini,” kata Menteri Kesihatan Anutin, merujuk pada varian yang pertama kali dikesan di India.

Thailand dan negara jiran seperti Indonesia telah melaporkan penularan jangkitan di kalangan petugas perubatan dan barisan hadapan yang disuntik dengan vaksin Sinovac.

Sebilangan besar petugas perubatan dan barisan hadapan Thailand diberi suntikan Sinovac pada Februari terlebih dahulu manakala vaksin AstraZeneca tiba di negara itu pada bulan Jun.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/07/12/thailand-gabungkan-vaksin-sinovac-astrazeneca-untuk-pertingkat-perlindungan/

BACA JUGA : Longgarkan sekatan pergerakan bagi individu lengkap dos vaksin