Tesco tukar nama jadi Lotus’s?, Ini puncanya…Sebilangan besar daripada rakyat Malaysia telah memilih Tesco sebagai pasaraya pilihan dari membeli barang dapur sehinggalah kepada barangan elektrik. Kalau nak tahu, Tesco mempunyai lebih daripada 70 cawangan di Malaysia tetapi namanya kini bertukar kepada Lotus’s Malaysia.
Pernahkah anda terfikir apakah sebabnya nama Tesco ditukar menjadi Lotus’s? Sedangkan sebelum ini ia menggunakan nama Tesco dan kita semua umum sudah mengenalinya.
Sebab Nama Tesco Ditukar Menjadi Lotus’s Malaysia
Pada bulan Mac tahun yang lalu, Tesco bersetuju untuk menjual operasi Asia Tenggara syarikat itu dengan harga USD10.6 bilion kepada konglomerat Thailand Charoen Pokphand (CP Group). Ini merupakan langkah besar bagi CP Group untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dan memberi pulangan tunai yang lebih banyak kepada pelabur.
CP Group berjaya memperolehi perniagaan Tesco Malaysia pada bulan Disember 2020 yang lalu. Ia berlaku setelah mereka mengalahkan Chirathivat iaitu pemilik TCC Group Co dan Central Group.
Perubahan jenama ini merupakan pemerolehan korporat terbesar di Asia sehingga saat ini. Ia juga adalah perubahan paling terbesar dalam sejarah Thailand.
Dalam laporan pertukaran saham, Tesco telah mengatakan bahawa penjualan tersebut akan mengembalikan sekitar USD 5 bilion kepada pemegang saham melalui dividen khas.
Syarikat tersebut juga akan membayar USD 2.5 bilion ke dalam skim pencen faedah untuk menghapuskan defisit yang mereka miliki.
Bagi Tesco, penjualan hampir 2,000 buah pasaraya di Thailand dan 74 buah di Malaysia menunjukkan bahawa peruncit daripada United Kingdom kini berada di peringkat akhir untuk keluar dari pasaran Asia.
Kredit Gambar: Siakap Keli
Pada tahun 2015 yang lalu, Tesco telah menjual perniagaan HomePlus mereka di Korea Selatan. Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Dave Lewis menyatakan bahawa dengan cara ini, ia membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pasaran United Kingdom, Ireland dan Eropah Tengah serta memperkecilkan kumpulan mereka.
Bagi CP Group, kejayaan pengambilalihan Tesco adalah kemenangan simbolik bagi CEO CP Group iaitu Dhanin Chearavanont. Beliau pernah menjual kawalan kumpulan pasaraya Lotus kepada Tesco dengan harga USD 180 juta pada tahun 1998 semasa krisis kewangan Asia.
Kini hasratnya untuk membeli pasaraya itu tercapai dan kini impian mereka telah menjadi kenyataan.
Kesimpulannya, kita boleh mengambil iktibar bahawa segala impian kita pasti akan tercapai dengan usaha yang sangat gigih sebagaimana usaha CEO CP Group untuk mendapatkan Tesco.
Berita Penuh :https://www.majalahlabur.com/lifestyle/dah-kenapa-tesco-bertukar-nama-kepada-lotuss/