Pas meminta kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan manifesto kerajaan Pakatan Harapan terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun berkata, manifesto yang disifatkan mustahil untuk dibuat perlu diganti dengan manisfesto yang lebih baik.
Katanya, Pas bukan parti yang suka mengaibkan kelemahan parti lain sebaliknya turut mengakui PAS juga ada kelemahan.
Sambil berseloroh katanya, “jika tiada rotan, akar pun juga”.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di di Rusila, Marang.
Dalam perkembangan lain. PAS tidak menuntut jawatan di dalam kabinet sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memilih menteri di kalangan parti-parti kompenan dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Datuk Seri Abdul Hadi turut ditanya sama ada beliau mahu menjadi Menteri atau tidak.
Jelasnya, beliau sangat terbuka dan tidak mewajibkan beliau dipilih oleh Perdana Menteri malah tidak kisah tidak dipilih.
Katanya lagi, jika tidak dipilih menjadi menteri sekalipun beliau boleh menjadi nelayan.