Terungkai rahsia kenapa harga sweater biri-biri ini cecah RM5.4 juta, bukan calang-calang orang boleh pakai

Mendiang Puteri Diana semasa hayatnya sangat terkenal sebagai seorang puteri raja yang mempunyai pakaian yang cantik

Dan sering memberikan impak kepada sejarah fesyen, lebih-lebih lagi yang melibatkan protokol pemakaian diraja.

Baru-baru ini, sweater bermotifkan kambing biri-biri berkenaan telah dijual pada harga £920,000 (RM5,347,684) dalam satu acara lelongan.

Terungkai rahsia kenapa harga sweater biri-biri ini cecah RM5.4 juta, bukan calang-calang orang boleh pakai

Menurut laporan CNN, baju merah yang ikonik ini pernah dipakai Diana pada perlawanan polo pada Jun 1981 dan ketika itu dia baru sahaja bertunang dengan Putera Charles.

Lelongan yang dilakukan oleh Sotherby di New York tersebut pada awalnya menganggarkan baju tersebut hanya akan terjual sekitar $50,000 hingga $80,000 atau sekitar RM234 ribu ke RM374 ribu sahaja.

Difahamkan, keunikan sweater berkenaan selain ianya milik Diana adalah motif seekor biri-biri hitam yang berada di antara barisan biri-biri putih dan baju berkenaan telah direka pada tahun 1979 oleh pereka pakaian Sally Muir dan Joanna Osborne.

Pun begitu, selepas seminggu memakai baju berkenaan, Diana mendapati terdapat kerosakan kecil pada bahagian pergelangan tangan baju tersebut dan ia dipulangkan sebelum ianya digantikan dengan sweater bermotif yang sama oleh perekanya.

Menurut CNN juga, baju milik Puteri Diana tersebut mencecah harga lelongan melebihi 1 juta Pound Sterling hanya selepas 15 minit ia dilelongkan.

Dengan terjualnya sweater berkenaan dengan harga sebegitu, ia secara tak langsung telah menjadi sweater yang paling mahal pernah dilelongkan.

Kalau nak diikutkan, rekod ini sebelum ini ‘dipegang’ oleh sepasang cardigan milik vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Kobain.

BACA: “Suami buat aku macam pelacur, buat benda tu dapat upah, konon bagi duit belanja kira beres, nafkah batin bukan hal dalam kain je tapi dalam hati”