Teruja sambut merdeka, pemuda Bangladesh baca ikrar rukun negara sekali

Teruja sambut merdeka, pemuda Bangladesh baca ikrar rukun negara sekali

Teruja sambut merdeka, pemuda Bangladesh baca ikrar rukun negara sekali. Kemeriahan Hari Kebangsaan pada tahun ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi

Semangat patriotik rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022 lalu sudah cukup menunjukkan betapa meriahnya sambutan merdeka tahun ini.

Tidak terkecuali dengan seorang pemuda dari Bangladesh ini yang turut serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kawannahim #keluargamalaysiateguhbersama ♬ original sound – Kawannahim🇧🇩🇲🇾

Teruja sambut merdeka, pemuda Bangladesh baca ikrar rukun negara sekali

Semangat ikut kawan pergi Dataran Merdeka sejak awal pagi, siap baca ikrar ramai-ramai

Menerusi perkongsian video daripada @kawannahim, kelihatan pemuda Bangladesh itu bangun seawal subuh untuk mengikut kawannya menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Dia yang memakai jersi Harimau Malaya itu dilihat berjalan kaki bersama ribuan rakyat yang Malaysia lain menuju ke Dataran Merdeka untuk mendapat tempat paling hadapan demi menyaksikan perarakan secara langsung.

Malah, apa yang mencuri tumpuan adalah dia juga begitu bersemangat mengangkat tangan ketika upacara ikrar sedang berlangsung. Riak mukanya jelas teruja melihat pertunjukan dan perbarisan di sana.

“Mahal pengalaman dia ni. Muka dia nampak betul-betul seronok sambut merdeka kat Malaysia” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang telah mendapat 546.3K views, 58.5K likes dan 585 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memuji semangat patriotik pemuda Bangladesh itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

” muka dia nampak betul2 seronok sanbut merdeka kat MAalaysia “

” Pengalaman dia memang mahal tpi yg lagi mahal adalah respect dia dengan Malaysia,, terima kasih bro “

” Bagus semangat dia… hormat dgn negara kita “

” rambut tu… kemasssssss “

” Mahal pengalaman dia ni :p mesti dia seronok kawan ngan abang 😛

Seronok tengok semangat dia cintakan negara Malaysia walaupun dia dari negara asing. Respect! <3

BACA:

Tular isu kait dirinya, akhirnya ayah Puteri Balqis buka mulut

Anwar buka mulut soal kerjasama dengan Muda dan GTA

Siapa sangka sehelai tisu ni bernilai RM35,792, ini sebab mengapa

CATEGORIES