Tersedak muntah sendiri, wanita maut ketika naiki ‘kamikaze’ di taman permainan

Tersedak muntah sendiri, wanita maut ketika naiki ‘kamikaze’ di taman permainan.SEORANG gadis maut setelah tersedak muntahnya sendiri ketika menaiki permainan di taman tema.

Kejadian itu berlaku apabila Zeynep Gunay, 19, tidak sedarkan diri setelah menaiki permainan yang dipanggil Kamikaze di daerah Avcilar, Turki, Istanbul.

Zaynep muntah ketika menaiki Kamikaze yang mengakibatkan saluran pernafasannya tersekat lalu meninggal dunia.

muntah

Keluarganya mengatakan bahawa mereka dapat melihat Zeynep dalam kesusahan dan berulang kali meminta pengendali permainan untuk menghentikannya, tetapi mereka tidak diendahkan.

Gadis berusia 19 tahun itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang dihubungi oleh keluarganya sendiri dan disahkan sudah tidak bernyawa setelah tiba di sana.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/03/gadis-tersedak-muntah-dan-mati-semasa-naik-permainan-di-taman-tema

BACA: Amat memalukan jika Hadi terima pelantikan Duta Khas ke Timur Tengah