Terpaksa ubahsuai lori untuk cepatkan proses hantar jenazah

ubahsuai

Terpaksa ubahsuai lori untuk cepatkan proses hantar jenazah. Satu klip video menunjukkan lori Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diubah suai menjadi kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19.

Video berdurasi 1 minit 4 saat itu diiringi bacaan surah al-Fatihah selain memaparkan sepasukan petugas yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) mengusung jenazah untuk urusan pengebumian.

Kelihatan ruangan dalam lori berkenaan mengandungi rak khas tiga tingkat di bahagian kiri dan kanan bertujuan menempatkan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

ubahsuai

Petugas lengkap mengenakan PPE mengusung jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. – Ihsan Facebook MBSA
MBSA menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk membantu mempercepatkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

“Sebuah lori sedia ada milik MBSA telah diubah suai untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19 ke Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.

“Kenderaan yang diubahsuai tersebut diharap dapat membantu mempercepatkan proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dan memudahkan urusan semua pihak,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/08/guna-lori-bawa-jenazah-covid-19/

BACA: Panas !!! Setelah ditegur Najib, MCA beri jaminan kekal bersama BN

COMMENTS

Wordpress (0)