Terkini: Ustaz Kazim Elias tarik diri jadi calon BN

Terkini: Ustaz Kazim Elias tarik diri jadi calon BN

Terkini: Ustaz Kazim Elias tarik diri jadi calon BN. Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

Mohd Kazim dikatakan memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon-calon BN di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Punca sebenar penarikan diri Mohd Kazim tidak diketahui.

Terkini: Ustaz Kazim Elias tarik diri jadi calon BN

Bagaimanapun, ia berkaitan dengan pencalonan abangnya, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau, mewakili Perikatan Nasional (PN).

DUN Batu Kurau adalah salah satu daripada tiga DUN yang terletak di dalam Parlimen Larut. Dua lagi ialah Selama dan Kubu Gajah.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

BACA:

Pelajar sekolah pondok didenda berendam dalam kolam ikan disahkan maut

Tanda anak anda ada ‘selective mutism’ – depan orang bisu, dalam rumah banyak mulut

Nik Abduh, anak arwah Tuan Guru Nik Aziz tanding atas tiket BN

 

CATEGORIES