Terkini !!! Tiada lagi larangan pergerakan melebihi radius 10km

Pergerakan melebihi radius 10 kilometer di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibatalkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun masih mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri.

Menurutnya, keputusan kebenaran pergerakan melebihi 10 km radius itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/124160/BERITA/Pergerakan-melebihi-radius-10km-dibatalkan-Ismail-Sabri