Terkini !!! SOP tular tak boleh masuk Melaka disahkan palsu oleh MKN

Hari ini tular mengenai isu dakwaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang orang ramai untuk memasuki Melaka bagi proses Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan di Melaka pada 20 November ini.

SOP tular tak boleh masuk Melaka disahkan palsu oleh MKN

Bagaimanapun, pihak MKN menafikan perkara terbabit di halaman Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dalam posting berkenaan menulis, “Kenyataan ini adalah palsu. Berhenti menyebarkannya. Pastikan sahih, baru kongsi!”

Orang ramai diminta untuk memriksa kesahihan berita sebelum menyebarkannya kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan dan menganggu proses pilihan raya yang akan diadakan.

SUMBER :

BACA JUGA : Jika bertembung Umno dengan PN, Pas akan pilih PN – Hadi
20 kawasan di Terengganu bakal banjir akibat air pasang besar

CATEGORIES