Terkini: Samy Vellu meninggal dunia

Terkini: Samy Vellu meninggal dunia. Bekas presiden MIC dan menteri kabinet S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Demikian menurut bekas menteri kesihatan Dr S Subramaniam, yang juga bekas presiden MIC, dalam hantaran Facebook pagi ini.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu mantan presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari.

“Bagi kebanyakan kami, dia adalah mentor utama.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” kata Subramaniam.

Terkini: Samy Vellu meninggal dunia

Dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kematian Samy, tetapi difahamkan pesara ahli politik itu meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kuala Lumpur.

BACA:

Selepas ramal tepat kematian Ratu, lelaki kata Raja Charles III mangkat Mac 2026

Finaz gesa cabut ‘title’ PU, Ustaz, Imam Muda kalau tak boleh kawal nafsu

Pusat Sembelih Ayam dipenuhi lumut, daki diarah tutup