Terkini !!! PDRM dan wartawan memenuhi Istana Negara

PDRM dan wartawan memenuhi Istana Negara.Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa Idrus memasuki pekarangan istana melalui Pintu 1 pada jam 10.47 pagi.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual menghadap Seri Paduka pada tengah hari ini.

PDRM

Anggota PDRM membuat persiapan di hadapan Pintu 1 Istana Negara berikutan dijangka Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di pekarangan Istana Negara, sebentar tadi.

Beliau dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 2 dengan menaiki kenderaan rasminya, kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan Abdul Ghani menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum mengenai perkembangan kemelut politik negara.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/16/pdrm-dan-petugas-media-bersiap-sedia-di-perkarangan-istana-negara/

BACA: Panas !!! Pemimpin GPS buka mulut siapa calon pilihan sebagai PM