Muhyiddin dilapor tiba menghadap Agong di Istana Negara. Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan kenderaan membawa perdana menteri dilihat memasuki pekarangan melalui pintu utama pada 12.23 tengah hari.
Dilaporkan Muhyiddin ke Istana Negara hari ini untuk menyerah surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sebelum itu, kenderaan membawa Muhyiddin tiba di Perdana Putra pada 8.07 pagi tadi untuk perjumpaan pegawai tertinggi kerajaan dan mesyuarat khas Kabinet.
Ia susulan laporan bahawa Muhyiddin akan bertemu dengan Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku perdana menteri.
Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun tiba di Istana Negara sekitar 10.47 pagi tadi dan Ketua Polis Negara, Acryl Sani tiba 11.16 pagi di pintu 1, ketika seluruh negara ternanti-nanti ketibaan Muhyiddin dan orang kenamaan lain.
Idrus keluar dari Istana Negara pada 11.54 pagi tadi.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof dilaporkan berkata, perdana menteri dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Agong selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Redzuan berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional di ibu pejabatnya untuk membincangkan hala tuju parti selepas Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, berundur sebagai perdana menteri.
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat keluar daripada Pintu 1, Istana Negara pada jam 11.50 iaitu 50 minit selepas tiba pada jam 11 pagi tadi.
Sebelum Muhyiddin, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat terlebih dahulu memasuki Pintu 2 pada jam 9.30 pagi.
Keabsahan Muhyiddin kini menjadi tanda tanya susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Selasa yang membuat ketetapan untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beberapa ahli Parlimen parti itu difahamkan sudah menandatangani aku janji menarik sokongan terhadap Muhyiddin untuk dipersembah kepada Seri Paduka Baginda.
Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/16/muhyiddin-tiba-di-istana-negara-2/