Terkini !!! Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri

Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri, maklum Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha kabinet.

“Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin

Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” kata Zuki pada satu kenyataan hari ini

Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589952

BACA: Pemimpin DAP puji Ismail Sabri