Terkini !!! Muhyiddin buat perutusan khas sebentar lagi

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat perutusan khas pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Facebook Perdana Menteri sebentar tadi.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah.

muhyiddin

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Selesai menghadap baginda, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/perutusan-khas-pm-12-30-tengah-hari/

 

BACA JUGA : Panas !!! MP Pas dakwa ada perkembangan ‘mengejutkan’ bakal berlaku

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)