Terkini !!! MT Umno buat mesyuarat tergempar

MT Umno buat mesyuarat tergempar. Ketika suhu politik semakin membahang dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus berdepan tekanan, Umno mengumumkan akan mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya.

Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan yang mengumumkan perkara itu berkata mesyuarat khas berkenaan bakal diadakan secara dalam talian pada jam 4 petang esok.

“Tentu mesyuarat tergempar ini untuk membincangkan isu politik terkini.

“Antaranya hal kenyataan media Istana Negara dan warkah Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti di parlimen.

Berucap ketika mengadakan himpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke parlimen pagi tadi, Anwar mendakwa kerajaan PN telah tumbang apabila anggota parlimen menarik sokongan mereka terhadap pentadbiran Muhyiddin.

Umno

Sebagai rekod pembangkang sebelum ini berulang kali membangkitkan isu keabsahan kerajaan PN yang mengambil alih kuasa bukan melalui pilihan raya sebaliknya pembelotan beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mengarahkan agar semua anggota parlimen parti itu menarik balik sokongan masing-masing kepada Muhyiddin.

Bagaimanapun arahan itu diingkari khususnya dalam kalangan ahli parlimen Umno mereka yang menjawat jawatan dalam kabinet PN. Ketara menunjukkan tidak setuju dengan langkah itu ialah salah seorang naib presiden Umno sendiri, Ismail Sabri Yaakob, yang baru-baru ini dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Malah turut dilaporkan sekumpulan lebih 25 anggota parlimen BN dikatakan mengadakan perjumpaan malam tadi di Wisma Perwira, Kuala Lumpur – bangunan milik Kementerian Pertahanan.

Menurut satu sumber Umno, mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk mengekalkan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sekali gus membayangkan keengganan mereka mematuhi ketetapan dibuat MT Umno.

Bagaimanapun wujud tanda tanya khusus mengenai jumlah sebenar iai berapa ramai anggota Parlimen Umno yang menyokong Muhyiddin dan sebaliknya.

Muhyiddin dan PN kini mendakwa masih memiliki sokongan majoriti – walaupun tipis – di parlimen. Namun dakwaan itu tidak pernah diuji atau dibuktikan secara undian di parlimen.

Sementara itu Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian berkata, mesyuarat tersebut juga akan membincangkan isu pembatalan ordinan darurat dan penangguhan sidang Parlimen hari ini.

Ia susulan tersebar warkah yang dikatakan daripada Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada perdana menteri berhubung isu pembatalan ordinan darurat.

Menerusi warkah bertarikh 29 Julai yang tular di media sosial itu, Agong memaklumkan kronologi berhubung pembatalan semua ordinan-ordinan berkenaan.

Warkah itu dipercayai menjawab surat yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri berhubung kekecewaan Agong berkait pembatalan ordinan darurat.

Berita  Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585542

BACA: Zahid mahu parlimen bersidang semula

CATEGORIES