Terkini !!! Menteri umum UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan tahun ini

Terkini !!! Menteri umum UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan tahun ini

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya akan memperkasa pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun ini susulan pemansuhan itu.

Katanya, penilaian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada untuk tahun ini juga akan dibatalkan.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM

Menjelas lanjut, Radzi berkata keputusan pemansuhan UPSR itu dibuat setelah mendapat pandangan dan input menerusi pelbagai proses libat urus melibatkan lebih 1,700 peserta terdiri daripada guru, ibu bapa, murid serta kesatuan dan persatuan seluruh negara dalam pelbagai sesi yang diadakan.

Radzi berkata antara pandangan diperoleh dari sesi libat urus berkenaan daripada guru ialah apabila mereka terpaksa menghabiskan banyak masa di sekolah bagi memberi tumpuan untuk cuba menghabiskan sukatan pelajaran secepat mungkin bagi membolehkan latih tubi UPSR dapat dijalankan.

Malah katanya, ada guru-guru menceritakan bagaimana mereka terpaksa ‘mencuri’ masa mata pelajaran lain yang tiada peperiksaan khusus bagi membolehkan tumpuan diberi untuk murid-murid membuat persiapan UPSR, sekali gus mengurangkan ruang untuk guru menggunakan kreativiti dalam menyampaikan pengajaran di sekolah.

Ibu bapa pula, katanya, ada yang berkongsi bagaimana tumpuan kepada UPSR yang dianggap sebagai peperiksaan penting itu telah menyebabkan anak-anak mereka mendapat ruang terhad terhadap aspek lain dalam pendidikan memandangkan ada yang mula dihantar ke kelas tuisyen seawal Tahun 1.

Berita Berkaitan :30 sekolah lagi di Selangor diarah tutup akibat penularan Covid-19

COMMENTS