Terkini !!! Melaka beralih ke fasa 2, Negeri Sembilan ke fasa 3 PPN

Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini memutuskan Melaka kini beralih kepada Fasa 2 manakala Negeri Sembilan kepada Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Peralihan fasa bagi negeri-negeri terbabit akan bermula pada 4 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata mesyuarat juga bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Melaka beralih ke fasa 2, Negeri Sembilan ke fasa 3 PPN

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80%,” menurut kenyataan itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ppn-melaka-beralih-ke-fasa-2-negeri-sembilan-ke-fasa-3-317462

BACA JUGA : “Tiap-tiap hari bapa tanya bila nak divaksin”, sehari lepas meninggal akibat Covid baru dapat temujanji vaksin