Terkini !!! Mahkamah tolak lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk menolak usaha kerajaan untuk melucut hak barangan mewah yang disita daripada Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak-anak mereka oleh polis selepas pilihan raya umum (PRU) 2018.

Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan barangan tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB.

Mahkamah tolak lucut hak barangan mewah milik Najib, Rosmah

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan polis pada 2018. (Gambar Twitter)

Menurut laporan FMT, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, “Adalah tidak mencukupi bagi pegawai penyiasat untuk hanya menyatakan pergerakan wang masuk dan keluar daripada akaun bekas Perdana Menteri dalam afidavitnya.

“Tidak diragui terdapat amaun besar yang masuk dan keluar dari akaunnya (Najib) tetapi mahkamah tidak dapat mencari kesalahan berdasarkan syak wasangka.”

Kerajaan sebelum ini mahu melucut hak ratusan barangan berharga yang disita daripada Najib, Rosmah dan 16 individu serta syarikat termasuk beg tangan, wang tunai dalam pelbagai mata wang, jam tangan, kasut dan 27 kenderaan.

Zaini dalam penghakiman berkata pihak pendakwaan tidak menunjukkan barangan mewah terbabit dibeli menggunakan wang dalam akaun bank Najib.

“Malah pemohon (kerajaan) mengakui beberapa barang yang disita adalah berbentuk hadiah.

“Mereka hanya menyenaraikan barangan yang disita dan nilainya, dan sebaliknya, membuat kesimpulan bahawa responden (Najib, Rosmah, dan anak-anak) tidak ada kemampuan untuk memiliki barang mewah tersebut berdasarkan pendapatan mereka.

“Jelas bahawa pegawai penyiasat membuat kesimpulan ini berdasarkan anggapannya. Ini tidak mencukupi kerana mereka perlu membuktikan kaitan secara langsung antara wang yang diperoleh secara haram dengan wang tunai yang ditemui serta barang yang dibeli,” ulasnya.

BACA JUGA : Jokowi antara 50 tokoh Islam berpengaruh dunia, tiada tokoh Islam dari Malaysia tersenarai
Kartel dadah di Malaysia dikhuatiri pengaruhi PDRM, ahli politik

CATEGORIES