Terkini !!! Mahkamah arah KDN daftar parti MUDA dalam tempoh 14 hari

Mahkamah arah KDN daftar parti MUDA dalam tempoh 14 hari.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendaftarkan MUDA, parti yang ditubuhkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh dua minggu.

Parti itu berkata, mahkamah turut memerintahkan KDN membayar kos RM10,000 kepada MUDA.

“Hakim telah membuat keputusan berpihak kepada kita,” tulis MUDA di Twitter.

 

Tangkap layar di facebook Syed Saddiq beliau menulis

MUDA akhirnya diluluskan di atas perintah mahkamah!!!!!!!!! Kami di sini bukan untuk kuasa, jawatan & wang. Kami hanya mahu berkhidmat untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa & agama. Kita mahu membina Malaysia yang maju, bermaruah & berintegriti. Terima kasih semua. Anda membuat ini mungkin.

Awal tahun ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menolak permohonan MUDA untuk didaftarkan sebagai parti politik tanpa memberikan sebarang alasan terhadap penolakan itu.

MUDA kemudiannya membuat rayuan peribadi kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, tetapi ia turut ditolak tanpa sebarang alasan.

Pada 21 Sept lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Saddiq serta 12 individu memulakan tindakan undang-undang berhubung keputusan Hamzah dan JPPM menolak rayuan mereka untuk mendaftarkan MUDA sebagai parti politik.

BAca: Pekerja pembersihan terkejut jumpa bayi dalam tong sampah kawasan flat

CATEGORIES