Laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat, tiada siap dibenarkan masuk.
08:08
AM
Laluan ke Parlimen ditutup, polis sudah mula berkawal
Beberapa laluan masuk ke bangunan Parlimen sudah mula ditutup sejak jam 7.30 pagi tadi.
Laluan utama yang paling hampir untuk masuk ke bangunan tersebut juga ditutup sepenuhnya.
Puluhan anggota polis dilihat sudah mula berada berhampiran bangunan Parlimen.
Media hanya dibenarkan berada di kawasan berhampiran laluan masuk tersebut.
Beberapa Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke kawasan itu kira-kira jam 9 pagi nanti.
Astro AWANI akan terus memberikan laporan dari semasa ke semasa, langsung dari lokasi.
08:16
AM
Black Maria di lokasi
“Black Maria” juga sudah tiba. Petugas keselamatan terdiri dari PDRM termasuk LSF, dan Rela sedang diberi taklimat. pic.twitter.com/6m7mA7Vpy5
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021
08:30
AM
Kawalan ketat pihak berkuasa
Semakin ramai anggota polis berada di laluan masuk bangunan Parlimen.
Beberapa jalan di sekitar kawasan ini juga sudah ditutup dan dikawal anggota polis.
Setakat ini, masih belum kelihatan kelibat mana-mana Ahli Parlimen yang hadir.
Mengikut jangkaan, mereka akan tiba bermula jam 9 pagi nanti.
08:30
AM
Taklimat anggota penguat kuasa
Difahamkan anggota penguatkuasa diberi taklimat untuk bersiap sedia sekiranya terdapat cubaan membuat provokasi di sekitar Bangunan Parlimen. pic.twitter.com/zWyrMJtnfU
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 2, 2021
08:55
AM
Kenyataan bersama Ahli Parlimen Warisan, Muda, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO
Kenyataan bersama Ahli-Ahli Parlimen Parti Warisan, Muda, Parti Sarawak Bersatu dan UPKO mendesak peletakan jawatan kepimpinan negara atas dakwaan ketidaksungguhan dan kegagalan dalam mentadbir urus terutama dalam membendung wabak COVID-19.
08:57
AM
Ahli Parlimen Sungai Petani tidak dibenar masuk
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dilihat sudah tiba ke bangunan Parlimen.
Begitupun, kenderaan yang membawa beliau tidak dibenarkan masuk.
Kenderaan itu kemudiannya berpatah balik.
09:02
AM
Kenderaan Ahli Parlimen Sungai Petani berpatah balik
Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/lapor-langsung-penangguhan-sidang-mesyuarat-khas-laluan-ke-parlimen-ditutup-311760