Terkini !!! Kuantan mula dilanda banjir

Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kuantan dinaiki air pagi ini.

Antara kawasan terbabit ialah di pusat bandar raya, taman perumahan dan kampung berikutan hujan lebat awal pagi tadi.

Terkini !!! Kuantan mula dilanda banjir
Hujan berterusan sejak semalam, menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kuantan dilanda banjir kilat.

Ia termasuk beberapa jalan utama iaitu di Jalan Gambang, Jalan Pintasan Kuantan, Jalan Soi, di sini yang dinaiki air.

Berdasarkan tinjauan di Kampung Gudang Rasau, di sini mendapati air naik pada paras 0.5 meter sebelum ia beransur surut pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, seramai 24 mangsa banjir di Jalan Sungai Soi, Kempadang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kempadang.

Kesemua mangsa dipindahkan dengan menaiki lori oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis dan Sungai Lembing, di sini melepasi paras bahaya, masing-masing 82.73 meter dan 37.97 meter.

Tiga sungai iaitu dua di Jerantut dan satu di Kuantan melepasi paras berjaga-jaga.

Dua sungai di Jerantut ialah Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Tembeling di Kampung Merting yang merekodkan 64.63 meter dan 54.57 meter serta Sungai Kuantan di Bukit Kenau, di sini pada paras 20.25 meter.

BACA JUGA : Penerima vaksin Sinovac tak ambil dos penggalak bakal bertukar status ‘Tidak Lengkap’
Kita mungkin perlukan dos keempat vaksin Covid-19 – CEO Pfizer