Terkini !!! Kg. Jawa di Hilir Perak dikenakan PKPD

Kg. Jawa di Hilir Perak dikenakan PKPD. Setelah lebih 20 hari tiada lokaliti baharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), satu kampung di Perak pula dilaksanakan sekatan itu.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, ia melibatkan Kampung Jawa, Mukim Ayer Hitam, Daerah Hilir Perak berkuat kuasa esok.

Pelaksanaan PKPD di perkampungan berkenaan dipercayai susulan penularan daripada kluster komuniti yang diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 12 Disember lalu.

Terkini !!! Kg. Jawa di Hilir Perak dikenakan PKPD

KAMPUNG Jawa muncul sebagai lokaliti tunggal di negara ini dikenakan PKPD selama 14 hari mulai esok.

Setakat hari ini, kluster tersebut sudah pun merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 67 kes positif wabak Covid-19 termasuk satu kes baharu yang dilaporkan pihak jabatan semalam.

Justeru, setelah meneliti segala penilaian risiko dan trend jangkitan pandemik berkenaan, Kementerian Kesihatan memutuskan pewartawaan PKPD sehingga 31 Disember depan.

Rodzi namun menjelaskan, tiada kawasan ditamatkan PKPD setelah kali terakhir sebuah lokasi d Sungai Ruan, Daerah Raub, Pahang tamat sekatan itu pada 11 Disember lepas.

BACA JUGA : [VIDEO] Tular !!! Buaya Sungai Linggi muncul naik ke jalan raya
Tiro dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2021

Artikel ini disiarkan pada 18/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)