Terkini !!! Kes positif Covid-19 meningkat ke 22,642 kes, Selangor kembali naik

Kes jangkitan Covid-19 harian di negara ini merekodkan sebanyak 22,642 setakat 12 tengah hari tadi dengan Selangor masih tertinggi dengan 6,325 kes.

Jumlah kes harian itu meningkat 1,805 berbanding semalam 20,837 kes.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 adalah 1,616,244 setakat ini.

Terkini !!! Kes positif Covid-19 meningkat ke 22,642 kes, Selangor kembali naik

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menyaksikan peningkatan kes sebanyak 6,325 berbanding 4,645 kes semalam.

Pecahan negeri ialah Selangor 6,325, Kuala Lumpur 1,128, Sabah 3,224, Johor 1,832, Sarawak 1,667, Negeri Sembilan 269, Kedah 2,279, Pulau Pinang 1,427, Kelantan 1,424, Perak 1,390, Melaka 342, Pahang 522, Terengganu 744, Labuan 4, Putrajaya 21 dan Perlis 44 kes.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/25/22642-kes-positif-covid-19-hari-ini-selangor-naik-mendadak/

BACA JUGA : Najib gesa semua pihak beri masa kepada kerajaan baharu

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)