Terkini !!! Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia – Khairy

Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA.

Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia - Khairy

KHAIRY: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA : Tiada lagi orang ramai di pasar gara-gara harga barang naik
Panas !!! Lelaki dakwa adik kena pukul dalam kem bujang askar, ini respon Hishammuddin

Artikel ini disiarkan pada 03/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)