Terkini !!! Kes harian Covid-19 : Sarawak masih mendahului, Selangor turun bawah 2,000 kes

Johor

Kes harian Covid-19 : Sarawak masih mendahului, Selangor turun bawah 2,000 kes.Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,352 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini telah jatuh kepada 16,073 kes.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649).

Selain itu, negeri yang mencatatkan bilang kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).

Sementara itu Pahang pula mencatatkan 878 kes, diikuti Terengganu (704), Kuala Lumpur (398) dan Melaka (206).

Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 pula ialah Perlis (41), Putrajaya (16), dan Labuan (11).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kapasiti penggunaan katil COVID-19 sehingga pukul 5 petang Ahad ialah 75 peratus untuk katil bukan ICU dan 83 peratus untuk katil ICU.

Mengenai status vaksinasi pula, beliau berkata, sehingga 12 malam Ahad, 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima satu dos vaksin dan 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap dua dos.

Selain itu, beliau berkata, 91.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin, manakala 73.4 peratus telah lengkap dua dos vaksin.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-baharu-covid19-hari-ini-jatuh-kepada-16073-sarawak-masih-tertinggi-kp-kesihatan-319501?utm_source=Breakingnews&utm_medium=Red-ribbon&utm_campaign=13092021+Breakingnews

BACA: Pejuang tak berhasrat tandatangan MoU, PH ada bagi penerangan – Mukhriz

COMMENTS